Captain Diary
D'Captain!

assalammualaikum, hello, annyeonghaseyo! i'm Fatin. thanks for visit my blog. nice to meet you. :) if you don't mind, do follow me okay? thank you ;)



Entries About Chingu's Bias


Let's Sing!


Thank you! Gomawo! xie xie!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

So Malaysian.


harini aku nak ketengahkan sikit "PENDAPAT AKU" pasal sikap seorang artis malaysia ni.
aku bukan nak bash dia atau bersifat berat sebelah kepada artis luar, tapi sebelum aku buat post ni, aku dah fikir benda yang rasional.
sebab dulu masa aku darjah 6 aku pun pernah minat lagu dia. jadi, no point lah aku nak berat sebelah. dan aku seorang rakyat Malaysia yang memiliki status warganegara MALAYSIA.

haritu, artis ni ada buat kenyataan yang tahun ni dia tengok banyak artis luar dipanggil buat persembahan. dan kebanyakannya dari Korea.
dia cakap, ramai yang dah tak minat dan tak sokong lagu atau hasil karya anak Malaysia.

in fact, aku dah lama tak nampak dia kat tv. dan dia memang dah tak popular sekarang (bagi aku la).
dia dah lama tak ada dalam industri, dan mungkin dia tak tahu flow music sekarang.
aku rasa dia dengki sebab angkara muzik Kpop, orang dah tak minat lagu dia.
sebab tu lah dia keluarkan kenyataan yang muzik Kpop boleh menjejaskan reputasi muzik Malaysia.

cara dia cakap macam dia "Malaysian" sangatkan.
even dia compose lagu pun tak menunjukkan identiti Malaysia.

aku tengok dia seorang ja yang kecoh pasal benda ni. padahal muzik Kpop dah lama diterima di Malaysia. dan bukan setakat Malaysia, malahan dunia.
dan ada artis Malaysia yang minat muzik Kpop.

aku tengok Muzik-muzik kat tv3 masih lagi banyak penonton yang tengok dan bagi sokongan dengan muzik hasil karya anak Malaysia.
sebagai bukti, lagu-lagu Shila Amzah, Aizat Amdan, Hafiz Hamidun dan ramai lagi artis Malaysia masih lagi POPULAR.

artis dan pemuzik Malaysia yang terus-terusan menghasilkan karya, tak merungut pun. yang muzik Kpop menjejaskan karya mereka.
sebab mereka sentiasa berfikir secara rasional dan bersaing secara sihat!

aku tertarik dengan kenyataan Aizat Amdan di twitter beliau.
Aizat cakap dia suka dengan idea, usaha dan hasil kerja orang Korea.
dia cakap, dia bukanlah nak menyokong mereka, tetapi dia nak orang kita bekerja macam mana mereka bekerja.

aku sokong apa yang dia cakap.

daripada anda terus-terusan nak memboikot muzik dari negara luar, lebih baik, anda tingkatkan usaha, lahirkan idea-idea yang lebih kreatif yang mampu membuat peminat terpukau dan bangga dengan hasil karya anda!

tolonglah..jadi lebih profesional.
berfikir secara rasional.
dan bersaing secara sihat!
bukan terus-terusan menyalahkan muzik luar jika karya anda tak diminati dan terus memboikot muzik-muzik dari luar.


p/s: ini hanya pendapat aku. dan aku tak sokong mana-mana pihak.aku cuma cakap apa yang aku tahu dan apa yang aku rasa betul, kalau silap, harap korang boleh tegur cara baik. :)
btw, kpoppers mesti kenal sangat dengan artis ni kan? :)